Latihan (tatabahasa)


Latihan 1:Isi tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang betul.

buah      biji       ekor       orang       batang     helai     bilah      keping

1.Se __________guru sedang mengajar di kelas itu.

2. Emak membeli dua __________baju raya untuk Anis.

3.Beberapa __________lembu meragut rumput di padang rumput.

4.Di tepi rumah nenek saya ada se ____________ sungai.

5.Adil makan dua _________epal pagi tadi.

6.Bapa makan tiga ____________roti kerana lapar.

7.Abang menebang pokok dengan se __________ kapak.


Latihan 2:Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
 manis
 berat
 tinggi
panas
 laju
 gembira
panjang
rajin

1.Shaimi tidak dapat mengangkat batu yang _____________ itu.

2.Sungguh ____________ cuaca  hari ini .

3. Buah rambutan sungguh __________ dan enak dimakan.

4.Peter berasa sangat ____________apabila menerima hadiah itu.

5.Malaysia mempunyai banyak bangunan yang ____________.

6.Pemuda itu ditangkap oleh polis kerana memandu  kereta dengan ________.

7.Pelajar yang __________belajar akan mendapat keputusan yang baik.

Latihan 3:Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.
 makan  angin
panjang  tangan
 cahaya mata
  buta huruf
 cakar ayam
 ulat  buku
  buah tangan
 Kaki ayam


1.Adik yang suka ber__________________ itu  selalu tidak memakai  kasut.

2.Adam  membawa _______________semasa menghadiri parti harijadi  Arif.

3.kami sekeluarga ________________________ di Pulau Langkawi pada cuti

   sekolah yang lalu.

4.Pemuda yang ____________________itu ditangkap oleh polis.

5.Azam selalu dimarah oleh cikgu kerana tulisannya macam______________.

6. Datuk tidak tahu membaca surat itu keran dia _______________.

7.Keluarga Benny sangat gembira kerana   baru mendapat   _____________baru.



Isi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai.
1. Encik Lukman seorang peguam ____________jurutera?

2.Emak membeli sayur-sayuran _____ buah-buahan di pasar.

3.Badan datuk sakit ________kuat kerja.

4.Suraya _______ adiknya pergi ke kedai komputer.

5.Leela seorang budak yang comel __________ malas.

6.Egbert tidak pergi ke sekolah _________ demam.