CERITA BAHASA MELAYU

Cerita 1: Hati Kera Tertinggal
 Pada suatu hari, kura –kura berasa sedih kerana isteri kura –kura jatuh sakit. Kura –kura berenang ke sana ke mari sambil berfikir. Sebagai ubatnya, kura-kura mesti mendapatkan hati kera.         
 Tiba-tiba kura –kura melihat seekor kera sedang makan buah jambu air di atas dahan pokok Kura –kura mendapat akal. “ Aku fikir buah jambu di sini tidak seenak buah jambu di seberang sungai,”kata kura-kura kepada kera. “Benarkah kata-katamu itu?’tanya kera. “Malangnya aku tidak pandai berenang untuk pergi ke sana.”
“Aku boleh bawakan kau pergi”kata kura –kura. Kera terus melompat ke atas belakang kura –kura. Kura –kura berenang ke sebelah sungai dan memberitahu hajatnya yang sebenar.”Isteri aku sakit dan perlukan hati kera untuk mengubati penyakitnya. Kera berasa terkejut dan tahu yang dirinya sudah ditipu oleh kura –kura. Ia pun berpura-pura tidak takut dan cuba menari jalan untuk melepaskan diri.Lalu, ia mendapatkan akal. “Aku bersimpati dengan isteri kau,”kata kera yang pura-pura bersedih.”Tapi aku tidak dapat menolong kau kerana hatiku tertinggal di atas dahan pokok tadi.
    Kura –kura berasa hampa. Kera pun memujuk,”Ayuh kita berpatah balik ke pokok tadi dan beri hatiku kepadamu.” Kura –kura pun bersetuju
    Kera terus melompat ke atas dahan pokok.”Alangkah bodohnya kau, kura –kura.” Kata kera. Kura-kura berasa malu lalu berlalu dari situ.


          CERITA 2:Kancil Memperdaya Harimau
Pada suatu ketika dahulu, harimau adalah sangat ganas. Harimau suka mengganggu haiwan-haiwan lain. Haiwan-haiwan lain sangat takut kepada harimau. Kancil adalah haiwan yang bijak.
Pada suatu hari, kancil mendapat akal lalu berjumpa harimau. Harimau terus mengejar kancil. Kancil berasa takut lalu berlari pantas dan sembunyi di dalam gua.
Tiba-tiba harimau terdengar suara yang garau dari gua itu. “Umph, sedapnya rasa pekasam mata harimau.” Harimau berasa takut lalu melarikan diri dan sembunyi. Haiwan-haiwan ketawa kepada harimau itu. Rupanya suara di dalam gua adalah penyamaran suara kancil.
Mulai hari itu, harimau berasa malu dan tidak berani mengganggu haiwan-haiwan lagi. 

     CERITA 3:Monyet Yang Sombong
 Pada suatu ketika dahulu, ada seekor monyet yang sangat angguh tertinggal di atas dahan pokok di tepi sungai. Di sungai itu terdapat seekor kura –kura yang bijak. Monyet selalu
 Musim buah sudah tiba, pokok jambu di tepi sungai berbuah lebat, monyet pun makan dengan gelojoh. Kura –kura berasa terliur.”Boleh kau campakkan sebiji jambu itu untukku?” pinta kura –kura. “Nah, kau ambil buah ini!”jerit monyet.
    Malangnya monyet melempar jambu yang rosak lalu terkena tepat pada kepala kura –kura. Lalu kura –kura memasukkan kepala ke dalam cangkerangnya. Monyet pun tertawa. Ia berasa gembira kerana berjaya menyakiti hati kura –kura. Kura –kura tidak tahan lagi dengan sikap monyet itu.
Ada sebuah pulau yang dipenuhi pokok buah-buahan,”kata kura –kura berbohong.
‘Tolong bawa aku ke sana,”pinta monyet yang tamak.”Aku akan petik untuk kau juga.”Monyet terus melompat ke atas belakang kura –kura.
 Kura –kura pun berenang ke pulau itu. Sebaik sahaja tiba di situ,monyet melompat ke atas dahan pokok dan mengupas kulit rambutan. Monyet melempar kulit rambutan ke arah kura –kura. “aku tidak akan berkongsi walau sebiji pun buah di pulau ini.”
    Sebaik sahaja monyet menggigit buah itu, ia pun menjerit. Rupa-rupanya semua buah di sini pahit dan masam. Dirinya telah ditipu. “Hei,tunggu!” teriak monyet . Malangnya kura –kura tidak mahu membawa pulang monyet. Ini suatu pengajaran untuk monyet yang bongkak.